..ruangan ini adalah untuk merakamkan segala pengalaman dan kenangan manis yang dilalui oleh semua pesilat UPSI, mahupun yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kisah dipaparkan sekadar berkongsi memori kepada semua pesilat..
dengan segala hormatnya, segala kenangan dan pengalaman yang dilalui akan ditera dalam ruangan ini yang berkaitan dengan pengalamanku sendiri dan juga para sahabatku yang lain
Silat Serimau Hitam terkenal di negeri Perak. Serimau Hitam berasaskan lima silat yang dipelajari oleh Baharum Hatir iaitu Silat Wali Suci, Silat Jawa, Silat Cekak, Silat Sambarani dan Silat Gayong. Pada mulanya ia dikenali dengan nama Silat Selima Hitam dan nama perguruan itu ditukar kepada Serimau Hitam bersempena pergerakan harimau dalam perguruan tersebut serta mengambil iktibar dari kekuatan dan kehandalan raja rimba itu.
Lambang Design 2008
Persatuan Silat Serimau Hitam UPSI Perak
Penubuhan Seni Silat Serimau Hitam
Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak telah ditubuhkan pada awal tahun 1971 oleh Pak Guru Baharum bin Hathir. Pada ketika itu persatuan ini lebih dikenali dengan nama Persatuan Seni Silat Selima Hitam iaitu hasil daripada gabungan dari lima jenis silat yang telah dipelajari olek allahyarham Pak Guru Baharum. Antaranya ialah beliau telah menuntut Silat Gayung, Silat Jawa, Silat Cekak, Silat Sambarani dan Silat Wali Suci.
Oleh kerana nama Selima itu tidak begitu popular pada masa itu, maka pada penghujung tahun 1971, Persatuan Seni Silat Selima Hitam yang no pendaftaran -1920/pk telah ditukarkan kepada seni silat Serimau Hitam Perak yang no pendaftarannya ialah – 2526/86. Pada sekitar awal tahun 1980-an persatuan ini hanya bergerak secara kecil-kecilan iaitu dari sekitar Kampar dan Malim Nawar, Perak sahaja. Tetapi pada akhir tahun 80-an silat ini mula berkembang di daerah-daerah lain termasuk sekolah dan pusat pengajian tinggi. Sehingga kini jumlah keahlian adalah melebihi 5000 orang yang telah menyertai seni silat Serimau Hitam Perak di sekitar Perak.
2 comments:
tahniah abg lan dh jadi guru utama..
semoga PSSSHP terus berkembang
tahniah juga dr saya.. pernah belajar dgn abg lan (1993-1997).
Post a Comment